Kisah jaundice Hannah ni start hari Sabtu 12/3 lepas discharged dr Ar-Ridzuan. Bila dah kat umah baru perasan Hannah macam ada kuning skit. Esoknya dalam kol 11pg baru nurse dari KD bemban datang umah utk check up. Confirm katanya Hannah ada kuning. Kami diminta ke Hospital Batu Gajah untuk check darah Hannah secepat mungkin.
Ni kire 1st experience kami pasal jaundice. Sebab masa Qaseh dulu dia tak kena. Actually kami berkira2 nak ke Hospital B. Gajah sebab confirm le kena tunggu lama. Dah le kita ni baru kena belah perut. Lepas fikir2 baik kami ke Ar-Ridzuan. Nasib baik ada baki duit Bonus Mama tu. Cadang mahu simpan untuk Akikah Hannah. Tapi kesihatan Hannah lagi penting kan.
Alhamdulillah tak lama untuk dapat result SB (serum birilubin). Bacaan Hannah pada 13/3 11.2mg/l. Masih rendah tak perlu duduk bawah lampu biru. Esoknya kami kena datang lagi. Bacaan SB pada 14/3 11.4mg/l. So doktor suruh dtg 2 hari lagi on 16/3.
Pendekkan citer bacaan SB Hannah on 16/3 14.2mg/l. So terus admitted. Sebab Hannah breastfeed saya minta room in ngn Hannah. Senang le nk BF dia nanti.
Alhamdulillah lepas sehari semalam duduk bawah lampu biru tu SB reading Hannah turun 9.3mg/l dah Hannah dibenarkan balik.
Kos untuk check SB tu RM6.00 je. Takde le mahal mana. Berbaloi daripada kena tunggu berjam2 kat hospital batu gajah tu kan. Kalau tunggu pon selesa skit dalam air-cond. Cuma jauh le skit travel batu gajah - Ipoh. huhuhuhu..Then kalau admitted pasal jaundice 1 malam RM200. Treatment dan penginapan.
Alhamdulillah Hannah dah semakin sehat. Trace kuning tu makin hilang....