Friday, December 30, 2011

Memories

Bergambar bersama hantaran pertunangan sepupu kami @ uncle Oyid. BTW Oyid yang pakai kemeja belang itu.


Semua gambar credit to Oyid, anak sepupu saya. Dia yg rajin scan semua gambar2 lama ni. Sekali sekala layan gambar2 lama ni best juga. Brings back old memories.



Bergambar di PD

Gambar kenangan bersama arwah nenek kami, arwah abg Mak (Pak E) & arwah Papa Oyid. Al-fatihah untuk mereka.


Bergambar di Taman Maluri Kepong rumah lama my Auntie.

Cer korang teka gambar saya yg mana satu dalam setiap gambar di atas. Berubah tak muka saya??



Kalau dalam gambar ni pon korang tercari2 mana satu Pn. Apash tak tau nak kata le kan. Sudah terang lagi disuluh :-P

Wednesday, December 28, 2011

Bila Qaseh menyanyi

Qaseh memang suka menyanyi. Terutama ketika dia sedang asyik tengok TV atau time dia main sorang2. TAPI bila dia perasan je orang tgk dia terus tak mahu nyanyi dah. Baru2 ni Mama cuba tgkap video dia menyanyi. Abaikan kepelatan Qaseh. Mama dulu pon pelat juga.



Bila disuruh berkali-kali mula dia rasa bosan kot. Dari butir lagu "Mama upah susu, susu lemak manis" jadi "Pak Su"...macam mana tu???
Part "Belalang tupu-tupu" dah berkali2 ajar "kupu-kupu" tapi still jadi tupu-tupu. Qaseh mmg pelak 'K' kot. Choki-choki jadi Choti-choti, Baby Kiko jadi Baby Tito. Bukan jadi Butan. And so on.... Tapi akhirnya dapat juga capture full version Pok Amak-amai dari Qaseh. Takde le 100% tepat lirik nya..tapi jadi la kan.


Friday, December 23, 2011

Hangin sebab Selipar

Selipar merah ku tersadai di atas tanah.

Quote dari Status FB saya Isnin lepas:
"Dah le pg ni masuk ofis lewat. Punch card merah. Then masa jalan menuju ke ofis tgk anak2 anjing yg berkeliaran kt dpn ofis tgh syok main2 dgn selipar yg aku pakai dlm ofis. Arrghh ni yg buat aku marah ni. Malaun mana yg reti pinjam selipar orang tapi tinggal kat luar. Tak reti2 nak simpan dalam ofis balik ke? Mmg le bape le sgt rege selipar tu tapi yg buat aku marah SEKARANG ni aku nak pakai apa?? Kerja dapat gaji selipar bape hinggit tu pon tak bleh nak beli sendiri?? 4thn aku kerja kt sini dah 3x aku beli selipar baru sume sebab anjing gigit. Kalau putus ke ape takpe la..Ni elok lagi."

Semalam baru berkesempatan beli selipar baru. Haaa..hambik kau pink karer tu. Oppss size 40 almaklum le species kaki besar kan. huhuhu..Yup hanya RM2.90 cheapskate..kalau kena gigit anjing lagi takde le terkilan sangat kan.

Ada kawan sekerja notice yg selipar saya telah digigit anjing dan dia kata boleh dia ambilkan. Saya kata tak payah. Bagi je anjing tu gigit sampai hancur pon takpe. Tak kuasa nak samak2. Kalau dah samak pon semak mata tgk kesan gigitan kat selipar tu.

Anak Saya dengan Gown Kembang

My girls


Sebelum ni saya pernah mengomel pasal gown kembang dalam entry 1990. Alhamdulillah dapat juga tgk my girls pakai gown kembang masa wedding Pak Su last weekend. Selalunya baju mcm tu utk flower girl kan. Tapi hentam saje le. Actually tema baju utk malam tu was grey + Black. Tapi nak jumpe color grey gown susah skit ye. So option ke putih saje.


Percubaan membuli adik.


Dalam entry 1990 tu juga ada mention Qaseh buat perangai tak nak cuba gown tu. Sampai tahap melalak berguling2 ye. Katanya sakit tang ketiak. Nasib baik on the day dia nak pakai. So, takde le Mama bertukar menjadi monster ye puan2. Tapi untuk dia elak complaint sakit tang ketiak, kami bagi dia pakai t-shirt putih kat dalam...Lagipon dia tengok semua orang berbaju cantik je haritu so dia pon ok je.





Disebabkan wedding buat malam dan dalam tempat aircond that's why saya pilih gown yang ada tutup bahu gitu. Banyak gown skang yang sleeveless. Then bagi dorang pakai pantyhose. So, takde le dorang sejuk sangatkan. Tapi pencarian kasut putih baru adalah gagal. So pakai kasut lama je. Mama berkenan dgn kasut Trudy&Teddy tu tapi RM139. Sungguh tak mampu. huhuhuhu..

Cucu2 Pah Nah kecuali Esyan. Esyan kecik lagi tak bleh duduk tgkap gambar sama.


Sepanjang malam Qaseh behaved sangat2. Such a good girl. Cuma kejap2 tanya Pak Su mana?? Yela kata pergi Pak Su Kahwin tapi Pak Su nye duduk jauh dari dia. Meja kami jauh di belakang. Sebabnya saje nak tempat yg agak tersorok skit senang nak bf si Hannah then Along pon nak bf si Esyan. So, si Qaseh tengok Pak Su kat screen besar je la. Nasib baik ada screen kalau tak lagi le penat Mama nak menjawab mana Pak Su.


Percubaan E'an utk kiss Hannah.


Ape ler Qaseh ni, orang suruh senyum dia buat muka camtu. Cer tgk si E'an comey je senyum.

Thursday, December 22, 2011

Sisters

Berdiri dari kiri: Auntie Tah & Mak
Duduk dari kiri: Wan Teh, Auntie Tan & Wan Chor

Saje share dalam blog untuk kenangan. Bukan senang diorang dapat berkumpul semua.


Mak saya bersama 4 orang kakaknya. Semuanye slim2 belaka kecuali Mak saya. huhuhu..Mak saya yg paling bongsu. Dan Wan Chor yg paling tua. 2 orang abang & sorang kakak Mak dah kembali ke rahmatullah. Tinggal sorang lagi kakak yg tak dapat bersama malam tu sebab dia ada kat Scotland menetap di sana.

Menu yg sedap di PWTC


Menu masa malam nikah tak dapat nak cerita kat blog sebab 1 gambar pon takde. Menu semua berunsur ayam/daging. Papa tak boleh makan so papa bawak Hannah lepak kat kereta bersama2 camera. Mama makan dgn Qaseh jer. So, tayang menu time kat PWTC je la ye.

Alhamdulillah, di PWTC menunya ada ikan/udang jadinya boleh le Papa makan. Dan paling best SEDAP SEH.

Disebabkan saya ni ada juga tekak orang jawa, menu yg plg saya suka adalah Daging Masak Kicap. huhuhu..Menu itu juga yg paling cepat licin. huhuhu...sebab kat meja tu semua ada darah orang JAWA..hahaha..




Tapi malangnya tak dapat makan dengan banyak & selesa. Anak kecik mcm tu le. Si Hannah bukan nak duduk dalam stroller. Nak berpegang je. Jadinya Mama mkn gitu2 je.


Dessert of the night Tapai dengan aiskrim. Tapi saya makan part aiskrim je. Same goes with Qaseh. huhuhu..Saya sememangnya tak makan tapai, tapi mlm tu rasa nak try le juga, kot2 bila makan sekali dgn aiskrim sedap ke. Tapi TEEETTTT..masih tak dpt diterima dek tekak. huhuu..

Wednesday, December 21, 2011

Nikah sudah bersanding pula

Majlis berlangsung esok malamnya pada 18 Dec 2001 di Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC. Akhirnya saya berjaya jejak kaki di PWTC. Bravo..bravo..

Merasa le kami attend majlis persandingan orang2 besar yg grand ni. Takde pengalaman sebelum2 ni. Pergi wedding pon yg biasa2 je.

Tapi wedding yg ada protocol ni buat kita terlepas moment berkonvoi ramai2 menghantar pengantin lelaki untuk bersanding. Sebab adik bersiap sekali dgn pengantin perempuan di sana. Kami adik beradik je yg berkonvoi dari Putrajaya ke PWTC. huhuhu..

Jom layan gambar je la...

Ketibaan pasangan pengantin. Adik iparku sungguh stunning. Tinggi & slim cantik le pakai baju gitu.

Giliran VIP pula masuk ke dewan. My Mak & Abah. Sedondon hitam. Ada cerita disebalik jubah hitam Mak saya



Raja sehari di singgahsana yg cantik.



Ibubapa pengantin lelaki bergambar dengan pengantin.



Ibubapa pengantin perempuan bersama pengantin.



Meja santapan pengantin bersama VIP.

Tuesday, December 20, 2011

Majlis Akad Nikah Asyraf & Liana


Tanggal 17 Dec 2011, adik lelaki saya selamat sah menjadi suami kepada Liana. Majlis akad nikah berlangsung selepas Isya' di kediaman pengantin perempuan di TTDI. Acara pernikahan disempurnakan oleh Bapa pengantin perempuan sendiri. Eceh..ada macam berita hiburan tentang artis berkahwin tak?? ekekeke...

Dengan sekali lafaz je. Alhamdulillah. Nasib baik adik kami cakap dengan jelas dan terang. Sebab dia ni mmg kadang2 cakap tak bape nak terang. hahaha...Risau juga kan tak pasal2 kena ulang banyak kali.



Hantaran sebanyak 7dulang dari pihak lelaki dan dibalas dengan 9 dulang dari pihak perempuan.


Hantaran dari pihak lelaki. Ehem..ehem..nk bgtau kek yg bunga merah tu saya yg buat. Tapi bunga gumpaste tu beli siap je. hahaha..Takpe janji pengantin perempuan kata sedap. Siap ada yg bertanya beli kat mana???


Penyerahan mas kahwain kepada pengantin perempuan bernilai RM101. Ikut nilai mas kahwin di Perak. Sebab keluarga pengantin perempuan asal dari Ipoh juga.



Diikuti dengan acara batal air sembahyang dengan menyarung cincin.

Gambar family?? Yilek pocik..atas banyak sebab yg tak dapat dielakkan. Malas nak cerita panjang dalam blog. T___T

Lesson learnt

Petang semalam masa saya tgh suap Hannah makan, Qaseh sedang duduk2 kat sofa. Mcm biasa doing her own things. Sambil pegang duit syiling. Selama ni mmg Qaseh suka main duit syiling. Tapi tak pernah letak kat mulut watsoever. So, macam selamat je dia main. Cuma since Hannah dah pandai moving ni kami jarang bagi dia main duit syiling dah sebab takut nanti Hannah mengutip lalu masuk dalam mulut.

Tapi kisah semalam, masa tgh ralit suap Hannah, MIL menjerit tanya Qaseh telan duit syiling ke. Sebab dia ternampak si Qaseh macam terbatuk2. Saya kelam kabut pergi ke dia tanya kenapa. Terus si Qaseh ni nangis melalak.

Dengan cuak saya buat gaya Heimlich Manuever (bantuan kecemasan utk tercekik) yg saya belajar dulu. Dengan tekan perut si Qaseh. Terus le si Qaseh muntah segala isi perut. Tapi takde keluar pon duit syiling. Saya tgk muka dia ok takde tanda biru2. Dia tetap melalak. Kalau dia boleh melalak tandanya dia bleh bernafas le kan.

Still cuak rasa nak bawak ke hospital je. Bila tanya Qaseh, "Piyah makan duit ke?" Dia jawab tak..Bagi mandi sume..then bagi susu. Tak lama pastu dia tidur.

Lesson learnt, NO MORE coins dah. Even dia pandai takde main masuk mulut. Accidents can happen right?? Prevention is better then cure. Alhamdulillah, takde perkara buruk yg berlaku.

Monday, December 19, 2011

Monday Blues...

Blog sunyi dari hari Jumaat lepas.
Hari ini dah bekerja balik so boleh le on9.

Adik dah selamat jadi suami orang.
Alhamdulillah...

Nanti free baru buat entry pasal wedding.
Skang nak sambung keje dulu.
Cepat le panas enjin nye..
MALAS!!

Daaa...

Thursday, December 15, 2011

My Personal Record

Malam tadi tidur awal dalam jam 9pm kot. Sebabnya Bangun 2.30pagi tu tak tidur2 lagi. Dah sampai 8.30pm gitu mata tak leh celik dah. huhuhu..

Even tidur 9pm, 2.30am dah bangun. Nak siapkan order Kek Karamel untuk bawa ke Putrajaya malam kang. Saya start jam 2.30am siap dalam jam 10.30am. 8 jam untuk 6 biji kek. Waahh...bangga dgn diri sendiri. Hahaha..kire my personal records le.

8 jam tu termasuk le persediaan bahan, baking, cuci mencuci, kemas mengemas dan last packaging le kan. In between tu break kejap gi BF si Hannah. Break Subuh mandi segalanya. Pergi Ofis sat. Actually kalau tolak masa2 tu sebenarnya dalam 6 jam dah boleh siap 6biji kek tu. Jika takde gangguan kan.

Order asal sebenarnya 7biji + 1 biji untuk makan ngan family. Semalam 2org cancel order. Sebab saya bgtau possibility tepi2 puding kek tu akan cacat skit. Sebab travel jauh kan. Letak pula dalam bonet. Just imagine le kan how fragile part puding tu. Baik bgtau awal2 senang. Takde le cerita belakang nanti kan. Kita berniaga kena jujur. Bukan rezeki saya le tu. 2 cancel so saya open order, my besfren May nak sebiji. Alhamdulillah.

Then this morning masa tgh adun kek yg terakhir, another customer kata maybe tak dpt amik sebab kena balik kampung ayah dia sakit. Takpe le saya kata. Bapa dia lagi penting maa. Kita paham le.

So jadinya ada 2biji lebih. Nampak gayanya buat kenduri kek karamel le kat Putrajaya kang. hahahaha...

Ke ada yg nak??? Cepat2 sebelum kena ngap..huhuhuhu..

Wednesday, December 14, 2011

Wordless Wednesday #7

Fish..Fish
Ikan..Ikan


PASHA MAYAM
(Pasar Malam)

Telur..Telur..


Pagi tadi bangun jam 2.30pagi. Buat apa lagi kalau bukan baking kek. Itu le home baker macam saya ni. Selalu bangun pepagi or tak tidur malam tandanya rezeki murah. Alhamdulillah..

2.30-7.30pagi dapat buat 4 biji kek je. Tu termasuk sessi kemas mengemas cuci mencuci sekali ler.
4 biji kek tadi guna 20biji telur. huhuhu...Balik kerja kang kena beli 2 papan telur lagi.

Macam ni le keadaan nye home baker yg buat macaron/kek lapis. Lagi le beribu2 lemon jumlah telur yg dorang handle. Saya ni nak separate egg whites & eggs yolk pon dok terkial-kial. Takpe2 practice makes perfect.

Cakap pasal telur saya tak berapa gemar beli telur di Pasaraya mcm TESCO atau seangkatannya. Sebab MIL kata kadang2 telur tak bape elok. Jadi saya dah terpengaruh dengan kata2 MIL. Kalau setakat nak beli 10biji tu takde hal kot beli kt TESCO. Tapi family kami jenis kuat makan telur. Selalu beli telur main ikut papan je. hahaha..

Normally kami beli telur kat kedai runcit femes amos kat Bt. Gajah ni. Kedai Se Ku Pang. huhuhu..Sebab boleh nampak lori telur dalam seminggu beberapa kali datang hantar stok. Maksudnya telur di situ jarang2 sekali jual telur2 lama.

Sekarang dah jam 10am. Mata agak sudah berat. Hhmm...minta2 bleh tahan sampai kol 5ptg karang.

Tuesday, December 13, 2011

Bila tak boleh tidur

Roti Jala Puan Apash.



Kari Telur


Dalam entry sebelum ni dah ada mentioned saya bangun 2.30pg. Then tak boleh tidur balik. Bila siap bake cupcakes tu. Terus rasa nak buat roti jala le untuk breakfast. Makan dengan kari telur je la. Jadi le kan.

Semenjak dah try buat roti jala haritu dan buatnya senang, rasa bila2 nak pon boleh buat. Bahan pon senang dapat kan. Dan selalunya mmg dah ada kat rumah.

Teringat Abah saya yg suka juga Roti Jala ni. Tengok le nanti2 bila senang buat banyak skit then gi hantar pada Abah. Bagi merasa anak dia yg masak. hahaha..Buatnya tak susah, nak gi hantar tu kena tgk time dan abah ada kat rumah tak .

Caught Red Handed

Muka baru bangun tidur. Mandi belum..gosok gig belum. Dah sibuk2 'tolong' Mama.



Pagi Ahad, terjaga jam 2.30 pagi bila Qaseh minta susu. Lepas buat susu rasa macam tak boleh sambung tidur. So decided baik saya bake cupcakes yg customer order. Sambil2 buat cupcakes buat juga kerja2 len.

Bila cupcakes dah sejuk di redai, saya letak dalam tupperware then letak dalam peti sejuk. Biar chilled for few hours untuk senang letak Choc Ganache. Once apply Choc Ganache atas chilled cakes dia akan cepat set. So takde comot2. Belajar dari Masterchef AUS classes. huhuhu..

So, masa nak deco2 cupcake tu Qaseh dah bangun. Macam biasa dia akan buat2 sibuk. Siap2 deco. Then Mama pon amik DSLR snap few photos. Setel tutup lense dan nak letak dslr kat safer place. Beralih tengok arah meja nampak Qaseh tengok syok makan baki choc ganache dalam bowl tu. Siap guna spatula lagi. Ya Allah anak sapa le tu..huhuhu


Haa..Kantoi!!


So, Mama pon amik balik dsrl snap few photos dia makan choc ganache tu. Bila tanya sape bagi makan. Dia senyum2 je. Abih comot mulut. Dah le tak mandi lagi. hahahaha...



Memang peminat chocolate si Qaseh ni.

1990

Gambar Dolu-dolu
Pic credit to Nisa (anak cousin)
From left: Pn. Apash, my bro, Angah & Nisa.
Location: Kg. Sg. Tapah, Ipoh.



Menurut Nisa, gambar itu sekitar tahun 1990. Maknanya Pn. Apash baru 8 tahun @ darjah dua. huhuhu. Ye dulu saya mmg suka pakai gown. Tu sebab anak2 saya pon saya suka bagi pakai gown. huhuhuhu..

Mak cerita, dulu2 masa kecik lagi rasanya, saya suka pakai gown kembang. My mom panggil gown 'aren'. No offense ye. Then pakai socks yg ada renda2..hahaha..perasan lil princess maa. Tapi sekarang dah year 2011 saya takkan carik gown mcm tu utk anak2 saya. Taste dah berkembang daa.

Tapi part berangan nak jadi princess tu saya pass down kat anak2 saya. Bila kata Paksu nak kawin je, dah verangan beli dress/gown kembang utk dorang. hahaha..Can't wait to see both of them wearing those gown this saturday night. Mintak2 Qaseh berperangai elok. Sebab ada sekali tu dia refuse nak pakai bila kami suruh test pakai. Dia kata sakit. Tanya tang mana sakit takde pula bgtau. Jangan kamu buat perangai musnahkan angan2 Mama, Qaseh.

Baju gitu ada event2 tertentu sesuai le pakai kan. Takkan nak pergi TESCO pon nak pakai gown mcm tu. Sungguh hover tau. Sangat tak sesuai.

Monday, December 12, 2011

Hush Puppies Warehouse Sale


Semalam, kami ke Ipoh dengan tujuan nak ke Ipoh Parade cari gown & kasut anak2. Papa pon nak cari barang2 dia jika ada yg berkenan. On d way ke sana ternampak banner tu. So, decided pergi usya kot2 ada barang2 yg best.

Itu pengalaman pertama saya pergi warehouse sale. Tobat nak pergi lagi kalau ada dua budak kenit ni tag along. Papa pon lenguh gile dukung si Hannah. Sampaikan Mama dah pening2 lalat uolls.

Barang2 dia pula takde le best sangat. Tapi kena pandai carik le. Saya ni bila dah ramai orang mula le tak reti nak memilih.

Last2 Papa je beli seluar, singlet & cardigan. Tapi Mama yg beratur utk bayar. Dapat pula depan Mama ni sorang chinese lady yang bau rambutnya mak oiii...busuk. Mama dah le pening tambah pula bau yg tak menyenangkan tu. Tapi Allah Maha Kaya, telah mengakhirkan penderitaan Mama. Sebab, tak lama pastu pihak sana suruh buat 2 lines. So that lady dah meluru ke depan.

So, buat warga Ipoh yang takde keje saje carik keje. Pergi le sana kot2 ada yg berkenan. For me, hanya memenatkan. T__T

Planning itu penting

Bila saya seorang pekerja makan gaji di waktu siang dan seorang ibu BF yang bertindak sebagai home baker, PLANNING adalah sangat penting.

Bila kami akan ke Putrajaya Khamis ini sampai Ahad untuk Majlis Perkahwinan adik saya, saya terus nampak peluang bisnes dan peluang memperkenalkan Apash Sweet Treats. Actually, kawan2 maybe dah tau kewujudan Pn. Apash sebagai home baker. Tapi belum berpeluang doing business dengan dorang. So, bila peluang macam ni datang, jangan dilepaskan dan mesti sahut cabaran.

Cabaran dari mencari masa untuk bake all the cakes dan cabaran transporting it to Putrajaya. Cakap macam ribu2 lemon je ordernye. hahaha..

Tapi being a baker with small oven yg mana boleh bake a cake at one time, masa adalah segala2 nya. Bayangkan satu kek ambil masa sejam. 7 kek tak 7 jam. Itu baru bakar kek je. Persediaan dan sessi kemas2 basuh utensils. Packaging lagi. Kalau saya tak kerja takpe. Waktu siang pon boleh buat. Ni malam je masanya.

Penat?? Usah cakap le penat. Sebab confirm tidur tak cukup. Tapi saya redha sebab saya dapat buat something yang saya amat minat dan demi mencari side income. ^__^. Actually, untung nye takde le banyak mana. Dan kebanyakkan duit dari jual2 kek ni saya rolling beli2 utensils. Melengkapkan koleksi saya. Supaya in the future banyak lagi saya mampu buat. Barang2 nye bukan murah ok.

Cakap pasal planning ni, saya perlu susun masa untuk bake 7 or 8 biji kek karamel. Sebiji kek hantaran dan 16nos cupcake. Berdoa harap2 dapat buat dengan jayanya tanpa masalah. Dan juga selamat tiba ke destinasi dalam keadaan yg baik. Amin...

Saturday, December 10, 2011

Hari ini Hannah dah 9bulan.


Happy 9months Hannah!!
Mama & Papa love you so much


Hannah ni boleh dikategorikan small size baby. Tapi tidak le kecik sangat. Maybe sebab kakak dia dulu debab tangan berulas-ulas. So, nampak sangat Hannah ni kecik. Dari ketinggian pon cam lagi kemetot je banding kakaknya. Sebab tu mama kategorikan Hannah as a small size. hehehe..Pandai2 je mama ni kan.



Hari tu dah share cerita pasal Hannah dah mula merangkak. Being Hannah yang memang dari dulu cam malas je, mmg dia tak nak merangkak. Kejenye menyulur then memanjat sofa. Tak pon panjat badan sesiapa yg berdekatan dengan dia.

Another improvement dia dah start cruising along the 3 seated sofa. Tapi with supervision le. Takut jatuh benjol pula dahi.


Hannah ni nampak cam manja je. Tapi kalau dia dalam walker, dia boleh rampas toys/books dari tangan kakak dia then dia bawak 'lari' benda tu dengan laju dan jauh2. Misalannya dia rampas dari kakak dia kat ruang tamu. Dia bawak lari pergi dapur. Notti gile tengok gelagat dia. Yang si kakak pon kedekut bukan nak share dengan adik.

Hannah ni boleh duduk sendiri dah without support as long as permukaan pon stabil la. Dia boleh duduk dulu baru start merangkak. Si Qaseh dulu merangkak dulu then baru pandai duduk.



Sleeping hours Hannah berbeza dari Qaseh dulu. Maybe sebab Hannah susah dapat tidur siang yg cukup. Dia very light sleeper macam Mama & Qaseh. Cuma dulu Qaseh takde sape nak kaco. Ada Opah je kat rumah. Hannah ni kalau start kakak dia main bising or melalak. Konpem terjaga. So malam most of the nights Hannah tidur awal. Dan akan bangun awal pas Subuh. Tak macam kakaknya standard bangun kol 9 - 10am.

Progress berat Hannah tak tau lagi. Kena tunggu sampai check up dia next Monday.

That's all for now. Nanti2 update

Friday, December 9, 2011

Opah, Piyah yak...


Kesian Qaseh. Since semalam dia dok berak2. Cirit-birit le tu. Kalau tak silap semalam 5x dia berak. Sampai punggung pon dah merah2. Punye le susah nak ajak gi basuh berak. Dia tak nak sebab sakit katanya. Tapi kena paksa le juga kan. Meraung dia dalam bilik air tu tersembur air mata menahan sakit. Kesian sungguh tapi takkan nak biar tak berbasuh pula kan.

Pagi tadi time Mama bangun solat subuh dia pon dah terjaga minta susu. Lepas bagi susu Mama gi dapur siap2 stok susu si Hannah. Masuk bilik utk kejutkan en.hubby, tengok2 si Qaseh dok menahan sakit perut. Berak lg le tu. Lepas mandi2 dia sume dia pon sambung tidur. Mama gi keje.

Tapi dah pesan kat MIL bgtau bila dia dah bangun sebab nak gi bawa dia gi klinik. Dalam kol 10am dia bangun. Pergi kat Opah cakap "Opah, Piyah yak"...

Saya pon balik rumah. Sampai rumah MIL kata dia tak nak basuh berak. Tunggu Mama balik le tu. Nasib tak susah. Setel kat klinik terus bagi makan ubat. Setakat kol 5pm ni Qaseh takde berak2 dah. Harap2 stop dah le.

Kenali Oven Anda


Nak share down moments dalam buat Kek Karamel ni.

My 1st & 2nd attempts buat Kek Karamel turn out good. We love the taste. Tapi bila usya gambar2 hasil tangan orang lain saya tgk part Puding Karamel kat atas tu macam firm skit banding yg saya buat. So, pastu saya cuba increase time of baking. Result mmg dpt puding yg firm skit maksudnya tak fragile sangat. TAPI, I prefer kalau puding tu lembik2 skit berbanding puding yg firm tu.

Semalam saya bake 2 adunan orang order. Adunan pertama mmg cantik. Hasilnya pon cantik. Adunan kedua saya buat lewat skit. Semua ok..Tapi bila nak terbalikkan baru rasa cam alamak underbake ke. YUP..mmg underbake. Aiyaa..penatnya.

Tapi takde le mentah. Buat makan sendiri je la. So simpan dalam peti sejuk. Saya gi tidur. Dah kol 1pg time tu. Kang ptg kena buat lagi sbb customer nak dtg pick up before maghrib.

Dimana yg silap tak pasti. Tapi itule..Oven ni kadang2 menguji kesabaran juga. Takpe...usaha tangga kejayaan. huhuhu...Lain oven lain ragamnya.

Oven juga sebab nape saya stop try buat macaron. Dah 3x buat tak menjadi mcm give up. Tapi lately perasaan nak try buat dtg balik. Tapi masa tu takde...So, oven pls be nice to me....

Thursday, December 8, 2011

Baju oh Baju...

Sempena adik lelaki saya nak kahwin bulan ni, tak pasal2 saya telah menempah 3 pasang baju. Giler..kalah macam nak sambut raya pula.

  1. Baju time dia nikah
  2. Baju time persandingan belah perempuan
  3. Baju time majlis resepsi belah lelaki.

Pengsan mengeluarkan duit tempah baju banyak2 ni. Kalau ada bonus takpe le jugak. Time raya pon jarang tempah baju byk2. Ada sepasang baju pon dah syukur. So, secara rasminya Puan Apash simpan baju tu utk Raya tahun depan. Minta2 badan tak gemuk. huhuhuhu..

Nak jimat duit, saya hantar kat tailor cina di Bt. Gajah ni je. Dulu baju tunang & nikah saya dia ler yg jahit. Untuk wedding adik ni saya buat baju kurung moden 2 psg. 1 kurung biasa. Tapi kain semua ada under lining. Untuk 3 pasang baju RM210 (harga kain tak termasuk..adehh~~) Kire ok le tu..sebab 1 dari baju2 tu baju lace. Kakak saya hantar kat tailor Ipoh utk upah jahit baju lace tu saje RM180.

Bila berbaju lace ni rasa macam nak kawin je kan. Tailor tu pon heran tgk dtg dengan 2 org anak tapi baju serupa mau kawin. hahaha..

Bukan saya seorang je melaram. En.hubby pon siap tempah baju melayu. Sebab akan berbaju melayu lengkap time persandingan belah perempuan. Nak kena dgn tempat persandingan kan.
Takkan nak pakai t-shirt je.

Untuk budak kenit berdua tu..hanya baju time persandingan belah ppuan je dah beli. Lain belum. Bila nak gi beli ni...Next week Pak Su dah nak kawin ni..


PAPA, JOM SHOPPING!!


Practice kuatkan Kaki

Saya ibu yang jenis bagi anak2 guna walker. Ada certain ibu2 yang tak setuju dengan penggunaan walker ni. Antara sebabnya safety issu le kan. Tapi masa dgn Qaseh saya hanya bagi dia pakai walker lepas pandai merangkak dalam umur dia 6 bulan.

Tapi si Hannah ni sebab tunggu2 tak merangkak juga. So bagi je pakai walker dalam umur dia 7 bulan. Tapi lately ni kerja nak berdiri saje. Panjat sofa, panjat badan orang untuk dia berdiri. Dia dah tunjuk sign to start cruising along the sofa.



So, kami start bagi dia practice kuatkan kaki guna FP Walker/Wagon yg Qaseh punye dulu. Dulu Qaseh dapat hadiah tu dari Pah Nah & Cik Along. Time tu dia dah bleh jalan dah.

Bukan main seronok si Hannah tolak mende tu. Tapi kita kena jaga2 le. Sebab dia bukan stabil sangat. Comel je tgk dia tolak mende alah tu...Kemetot je anak Mama ni. huhuhu

Bila si adik mula nak belaja berjalan Si Kakak buat ape???

Ni le kerja si Qaseh. Datang angin nak duduk dalam walker pula. Ranap le walker tu anak oii..Dari boleh simpan untuk future adik2 awak guna kang tak pasal2 Mama & Papa kena beli baru. ish...ish...


Kakak perasan kecik kah??

Wednesday, December 7, 2011

Akhirnya Merangkak juga si Hannah ni

Sikit punya le lama tunggu saat dan ketika bila le si Hannah ni nak start merangkak. Menyulur je keje nye. Dalam bulan ni dah pandai duduk sendiri. Dan dah pandai memanjat dan berdiri sendiri. Merangkak nye tak jugak.

Sampai le malam tadi lepas Mama berbuka puasa. Opah yg awalnya pegang Hannah. Then letak dia di bawah. Tetiba terus je Hannah atur langkah crawling ke arah Mama. Mama apa lagi excited gile. Sebab dapat tgk her 1st crawl. Hannah tunggu Mama ye. huhuhu.. Masa ngn si kakak Opah yg witness dulu. Sbb time tu Mama kerja.



Abaikan suara2 sumbang si kakak yg busy body Mama nak rakam adik crawling. Dia yg sibuk2 nak pegang HP tu. Bila tak bagi lagi le bising.



Share 2 video yg termampu rakam buat kenangan di kemudian hari.
^___^

Tuesday, December 6, 2011

Ketinggalan betul lah...

Yes, saya mengaku saya amat ketinggalan. Lebih dari 'ketinggalan keretapi' maybe tahap 'ketinggalan bullet train'. T___T

Semalam FB chat dengan member sekolah lama. Sekolah saya dari Form 1 sampai awal tahun Form 4. Sek. Men. Keb. Gunung Rapat, Ipoh (SMGR). Sekolah situ sampai form 4 sebab pastu pindah sekolah MRSMBP.

Berkat ada FB ni saya contact2 balik kawan2 di SMGR dulu. Kalau tak jangan harap le, jumpe pon jarang. Cane nak merapatkan silaturrahim balik kan.

Berbalik cerita 'ketinggalan' tu. Member saya ni buka cerita jumpe 1 senior ni. Senior ni kerja dgn sorang super senior. Super senior ni siap beli rumah 5.5juta tu. Siap renovate sume jual dalam 7.4 juta. Lebih kurang mcm tu. Waahh...kaya gile. Mesti berjaya kan.

Member tu kata mmg le berjaya. Tutti Fruti tu dia yg punya. HAH?? ternganga aku. Siapakah gerangan si super senior itu?? Tutti Fruti tu kan under NAZA Group. (Saya pon baru tahu..hahaha). Dan 'Abg Amy' yg direfer oleh member saya tu menantu keluarga NAZA tu. Tetiba rasa bangga ada super senior yg berjaya macam tu kan. Dan2 tu saya google cerita pasal dia. Google gambar dia. Sebab nak recall dia yg mana satu.



Tapi hampeh...saya tak ingat langsung. Ish..Ish...kena buka Majalah sekolah kot baru bleh ingat. hahahaha... Anyway nama super senior tu Izham Hakimi Hamdi. Bertuah badan kan...

Tak cukup dengan cerita Tutti Fruti tu yg buat saya rasa ketinggalan. Member ni tanya saya lagi..Ko tak ingat ke si Safee Sali tu?? Bila dia tanya mcm tu dah boleh agak mesti si Safee Sali ni Ex-SMGR gak. Sumpah saya langsung tak tau. hahahaha..So assume dia junior sangat. Tak sempat saya kenal. Tapi rupenye dia Form 1 saya Form 3. Tapi bila nak recall Safee Sali time sekolah dulu, hampeh mmg tak ingat langsung. Tetiba rasa nape tak amik si Safee Sali tu jadi adik angkat dulu...hahahaha....



Apa le kena kau ni Apash. Ada masalah ingatan ke??
T___T

Monday, December 5, 2011

Perak Breastfeeding Support Group Gathering & Discussion 2


Semalam sekali lagi dapat join gathering di Padang Polo. Even tiba agak lewat sebab pergi tapau Capati kt Restoran Capati Maju Rapat dulu. Malas nak masak apa2 utk potluck. Jadinya kita tapau saje lah ye.

Topic bulan ni "Are exclusively breastfeeding your babies?" Kali ini tak ramai yang join. Maybe cuti sekolah ni ramai yg tak free. Yela pergi bercuti ke..ada kenduri kawin la..macam2. Kebetulan saya takde ke mana. En.hubby pon free so ke Padang Polo le kami. Qaseh seronok sebab dapat main playground. Sementara Mama dok sembang/bincang Papa bawak Qaseh main dulu.

Rumusan topic kali ni apa maksud Exclusive BF itu. Dan bagaimana kita nak judge seorang ibu itu exclusively BF babies dorang ke tak.

Exclusive breastfeeding – that is the infant only receives breast milk without any additional food or drink, not even water (WHO) for 6months

Untuk simple judgement if baby itu dan minum selain susu ibu cth FM & air masak. Or makan before 6bulan dah kire NOT Exclusive BF dah le.

Tapi ada juga concern antara ibu2 BF di mana jika anak sakit/demam kena makan ubat. Dan selalunya kita akan sulam dgn air masak. Bagaimana status EXCLUSIVE BF tu?? Bagaimana baby/ibu yg ada masalah kesihatan terpaksa ditahan di hospital dan susu ibu yang dipam sewaktu itu tidak mencukupi dan pihak hospital terpaksa top up dgn FM?? Dan si ibu dalam medication dan tak boleh beri susu badan kepada bayinya??

Pelbagai jenis masalah yg dihadapi sesetengah ibu BF dalam perjalanan menyusukan anak2nya. Kadang2 title "EXCLUSIVE BF" ini memberi impak yang besar kepada seorang ibu itu. Dan siapa kita utk judge si Ibu itu tanpa mengetahui rintangan yang dihadapinya untuk terus menyusukan anaknya.

Kesimpulan dari Dr. Nadrah EXCLUSIVE BF - where baby (0 -6 months) only consume breast milk except for medical reason.

Antara kisah yg dikongsi oleh Dr. Nadrah:



Seorang bayi menolak untuk menyusu secara terus dari ibunya dan bergantung hanya pada EBM bottle feeding. Bayi tersebut tidak pandai latch. Sampai suatu masa jumlah EBM ibunya berkurangan. Tetapi keazaman si ibu utk memberi susu ibu kepada anaknya masih kuat. Jadinya Doktor telah mengajar si ibu cara2 yang betul. Even menggunakan tiub feeding. Setelah struggle dalam seminggu lebih akhirnya baby berjaya juga latch. Dan dalam seminggu itu baby terpaksa di topup dgn FM.

Persoalannya kita nak judge ibu itu exclusive BF atau tidak. Bila si ibu bertanya pada doktor mengenai status dia, doktor hanya bgtau masih exclusive BF. Demi menjaga hati dan semangat si ibu. Jika dengan title "exclusive BF" dapat memberi semangat dan ketabahan kepada ibu, kita beri saja title itu. Apalah sangat title itu jika dibandingkan dengan kesungguhan si ibu memberikan yg terbaik untuk anaknya.

Jika si ibu terpaksa memberi bayinya selain susu ibu for medical reason dan bukan kerana give up atau saje2 nak campur2, si ibu masih layak pgg status Exclusive BF. Asalkan si ibu masih gigih meneruskan usaha BF bayi nya.

Lebih kurang le rumusan discussion semalam.

Ini kisah saya pula.


Dari maksud exclusive bf itu sendiri saya awal2 dah gagal utk dpt exclusive bf si Hannah. Kerana 2 hari pertama umur si Hannah dan kami masih di hospital. Hannah dijaga di nursery selepas dilahirkan. Sah2 Hannah diberi FM. Bila saya mahu bf Hannah nurse kata tunggu ubat bius hilang dulu. Agak ragu2 juga saya sms kawan minta pandangan dia. Bila dia kata takde masalah terus saya minta Hannah utk BF. Tapi sorok2 supaya takde nak argue dgn nurse tu. Waktu siang mmg saya BF Hannah..bila time tidur malam je tak sebab Hannah di nursery.

Start hari-3 umur Hannah, dia hanya minum susu Mama saje. Dan alhamdulillah sampai sekarang. Saya mengambil pendekatan yg simple. Tak kisah lah dapat title EXCLUSIVE ke idak. Janji saya sudah buat yang terbaik memastikan Hannah minum susu ibu selagi saya terdaya. Supaya saya tidak stress. Dan alhamdulillah saya agak rileks sepanjang perjalanan BF si Hannah dan berharap agar sampai Hannah 2 tahun. Amin...