Tuesday, January 3, 2012

Kelas Kek di Fatihah Cake House

Semalam berkesempatan mengikuti Kelas Kek di Fatihah Cake House. Dah lama tau pasal kelas2 di sana tapi tak berkesempatan nak pergi. Alhamdulillah semalam dapat juga pergi dan berkenalan dgn Kak Ani yang baik sekali.


Cream Puff with cream Castard

Kelas berbentuk Demo Class. Bayaran seorang RM80.00. Semalam hanya 6orang pelajar sajer. So tak crowded sangat dan senang nak tanya Kak Ani ape2.



Strawberry Chilled Cheese Cake

Dalam kelas Kak Ani demo 5 jenis resepi:

  1. Upside down Pineapple Cake
  2. Strawberry Chilled Cheese Cake
  3. Green Tea Cake
  4. Swiss Roll
  5. Cream Puff


Green Tea Cake with whipping cream frosting

Bila dah dapat ilmu ni haruslah dipraktis. Kalau tidak..resepi tinggal resepi je la kan. huhuhu..
Anyway, ribuan terima kasih utk Kak Ani atas ilmu yg dicurahkan. Dan juga terima kasih atas kemurahan Kak Ani.

Pineapple Upside Down Cake

Sempena Tahun Baru Kak Ani hadiahkan kami nozzle untuk cream puff. Tak sabar nak cuba buat sendiri.


Siapa tak suka barang free ^___^


Hasil yang dapat bawak balik...

Friday, December 30, 2011

Memories

Bergambar bersama hantaran pertunangan sepupu kami @ uncle Oyid. BTW Oyid yang pakai kemeja belang itu.


Semua gambar credit to Oyid, anak sepupu saya. Dia yg rajin scan semua gambar2 lama ni. Sekali sekala layan gambar2 lama ni best juga. Brings back old memories.



Bergambar di PD

Gambar kenangan bersama arwah nenek kami, arwah abg Mak (Pak E) & arwah Papa Oyid. Al-fatihah untuk mereka.


Bergambar di Taman Maluri Kepong rumah lama my Auntie.

Cer korang teka gambar saya yg mana satu dalam setiap gambar di atas. Berubah tak muka saya??



Kalau dalam gambar ni pon korang tercari2 mana satu Pn. Apash tak tau nak kata le kan. Sudah terang lagi disuluh :-P

Wednesday, December 28, 2011

Bila Qaseh menyanyi

Qaseh memang suka menyanyi. Terutama ketika dia sedang asyik tengok TV atau time dia main sorang2. TAPI bila dia perasan je orang tgk dia terus tak mahu nyanyi dah. Baru2 ni Mama cuba tgkap video dia menyanyi. Abaikan kepelatan Qaseh. Mama dulu pon pelat juga.



Bila disuruh berkali-kali mula dia rasa bosan kot. Dari butir lagu "Mama upah susu, susu lemak manis" jadi "Pak Su"...macam mana tu???
Part "Belalang tupu-tupu" dah berkali2 ajar "kupu-kupu" tapi still jadi tupu-tupu. Qaseh mmg pelak 'K' kot. Choki-choki jadi Choti-choti, Baby Kiko jadi Baby Tito. Bukan jadi Butan. And so on.... Tapi akhirnya dapat juga capture full version Pok Amak-amai dari Qaseh. Takde le 100% tepat lirik nya..tapi jadi la kan.