Saturday, August 5, 2017

Apash dah 35tahun uolls!!

Last month 17/07/17 (cantik date kan) birthday tuan tanah kedaung yang ke 35tahun. Sweet 35!! Sweet ke pon ntah. 😲😲😲

Setiap kali birthday orang expect Apash buat kek untuk diri sendiri. Tak kuasa mak!! Apash pergi beli kek slice kat SR je masa ada promo 3slices RM20 sahaja. Anak2 yang makan pon. Hantu kek.👻👻👻

Tapi birthday kalini tak mungkin dilupakan sebab 3days lepas birthday Apash boleh langgar lampu merah dan langgar orang naik motor. Gara2 mengantuk nampak macam lampu hijau je terus belok kanan masuk simpang ke kawasan perumahan rumah. Nasib baik orang tu takdr apa2. Motor je rosak. Alhamdulillah masih dilindungi oleh Allah.

Since birthday bawa ke haru accident memang mood kelaut yang paling dalam. Asben pon buat dek je kat Apash. Terasa hati juga tau. Bawa keluar makan pon idak.

Tup..tup 1 week lepas birthday asben wasap bagitau OT balik lewat skit. Ok le. Malam tu sebelum tidur dia bagi bunga kat Apash. 🌹🌹🌹🌹. Rupa2nya balik kerja tu dia pergi beli bunga dulu.


Terus hilang sentap dan hati terus berbunga2. Hahaha..lama dah tak dapat bunga. 3 - 4tahun juga le.

Thanks bie. I love you so much. Nanti2 buatlah surprise lagi tau. 😘😘😘

Friday, August 4, 2017

Terobek first birthday MEDINA pula.

Asyik terobek je ye kamu ni Apash.
 Bukan apa, tak selalu ada peluang nak update blog. Kadang2 tak teringat langsung pon ada blog. Hahaha..sampai macam tu sekali tau. So terobek sesaje la. Menda dah lepas tapi nak juga abadikan dalam blog ni. Nak refer senang nanti.

Medina was born on 23rd May. Takde celebration besar2. Just mama buat kek je.

When comes to birthday is a big deal for me. Bukan expect BIG birthday party ke. Tapi just to create a memory. Tak kisah lah hanya dengan sebiji kek atau sebuah hadiah. Janji something yang boleh buat kita ingat balik


Satu lagi i love to make people that i love happy especially on their special day. WHY?? Sebab saya faham perasaan sedih on your special day. So I tak nak buat pada orang2 yang saya sayang.

As long as Mama sehat dan kuat mama akan make something untuk semua anak2 mama. Janji korang happy dan rasa diingati on your special day.


Terobek 8th birthday kakak piya


 Birthday kakak was on 3rd April. Plan asal nak potong kek di sekolah agama nya. Tapi  dia pula demam dan MC 2 hari. Kek mama dan siap bake and halfway dah siap deco. Last potong kek kat rumah opah je la.