Thursday, March 31, 2011

Adik & Kakak




Ni gambar malam tadi. Qaseh lepas meragam & mengamuk sampai bertelur dahi dia terhantuk kat besi katil. Tak lama pastu bagi susu terus tertidur di riba Papa. Bila dah lena letak dia atas tilam. Tak lama tu Papa letak plak Hannah sebelah Qaseh. Tu pasal Hannah tidur sipi2 tilam je.

Adegan ni hanya bleh dapat bila dorang dh tidur ye. Kalau tak si Qaseh kerjanya nak lepuk Hannah je. Ganas Qaseh ni. Bila Hannah menangis je dia tampar mulut si Hannah. Adoiyaiii..Kalau dia nangis takpe plak.

Buat Stok

Menu tetap sepanjang berpantang ni adalah ikan haruan & Ikan bilis. Bukan murah tau 2 mende ni. Ikan haruanapi kalau di pasar Batu Gajah sekilo RM13. Tapi susah nak dapat. Mende nye skit tapi permintaannya banyak juga. Kebanyakan orang yg lepas bersalin or lepas operate yg selalu carik Ikan Haruan ni.

Bila Ikan haruan takde stok, jadinya menu saya akan beralih ke Ikan Bilis la. Ikan bilis goreng saje. Sebelum bersalin haritu dah beli. Tapi beli 1/2kilo je. Actually saya ni cerewet skit. huhuhu..bukan sume ikan bilis ni sedap digoreng saje. Kalau yg jenis besar tu keras..kadang2 liat. Kita dah le makan nasi + Ikan bilis goreng saje kan. So biar le ikan bilis tu kena dgn selera saya.

Alhamdulillah ikan bilis yg kena dengan citarasa saya boleh dibeli di Pasar Malam Batu Gajah setiap hari Selasa tu. Selasa baru ni saya minta en.hubby belikan terus sekilo. Buat stok sampai habis pantang. hahaha..Yela kan takde susah2 nak kena gi pasar malam tu setiap minggu.


Ikan Bilis ni sekilo RM35. Tak mahal sangat dan takde le murah. Okle tak perlu le nak ke Lumut semata2 nak beli ikan bilis kan. hahaha..

Wednesday, March 30, 2011

Kalau ikutkan nafsu

Source: www.sarakids.com

Kalau ikutkan nafsu mahu saje menghabiskan duit utk beli MODU brestpump ni. Hari tu masa baru tau MODU bakal berada di pasaran ada cakap kat en.hubby kalau tak mahal sangat saya nak beli. Terus kena dengar syarahan en.hubby. Yela kan Spectra 3 tu pon masih dalam keadaan elok. Takde ape yg rosak so buat ape beli barang yg tak perlu.

Tapi saya cakap dia kecik senang nak bawa gi tempat kerja. Takde le bulky mcm spectra 3 tu. Jenuh juga mengangkut hari2 gi ofis.

Pendek cerita semalam terbaca di FB Farah Farhan (Sarakids) 30 pembeli pertama dapat harga istimewa RM499.00. Harga asal RM599.00. Bagi saya harga tu agak mahal bagi saya. Yela RM599 utk pump saje kan. Dulu beli Spectra 3 tu termasuk bag pack, cooler bag dan macam2 lg tak sampai RM600.

Kalau tak ikut nafsu ikut akal fikiran yg waras dari spend duit utk barang yg tak perlu baik saya guna duit tu beli deep freezer kan. Berbelanja tu biar berhemah. Cewahh!!...

credit to google


Tak pon kita menabung dulu. Dengar dulu review orang ramai pasal MODU tu. Then tunggu Sarakids buat Package Deal utk MODU tu. Lagi berbaloi kan. huhuhuh...

Monday, March 28, 2011

Revisit 'Panan'


'Panan' refer Here.

Sabtu lepas Mak Long bawak Qaseh gi main kat Panan. Setakat ni baru masuk 4x Qaseh ke taman permainan. Mama je la yg bawa dia sebelum ni. Sebabkan dah dalam pantang mana nak bawak dia kan. Lepas ni dah ada Hannah susah juga nak jaga dua2 sorang2 kan. Kalau ada Papa or orang lain senang skit.



Mak Long Qaseh bawak gi Panan kat batu gajah je pon. Tak gi jauh2. Ape pon Qaseh sure enjoy kan. Macam biasa lepas main Panan sure dia minta aishto. Std le tu kan.


Comey tak saya??


Note: Pics credit to Mak Long..

Congrats Bro



Sabtu lepas berlangsungnya majlis pertunangan adik lelaki saya. Majlis berlangsung di TTDI. Disebabkan tengah dalam pantang so Acik kesayangan dia ni tak dapat nak join. Masa merisik hari tu pon tak dapat join. huhuhuhu..InsyaAllah kalau umur panjang korang kahwin nanti Acik datang.


Sumber: FB Abg Hatta (cousin) thanks eh abg hatta!!

Kalau takde aral Disember ni my mum akan terima menantu perempuan plak. Selepas 3x terima menantu lelaki je. huhuhu..moga2 sorang je la menantu perempuan mak kan. huhuhu..

Thursday, March 24, 2011

2minggu : Dah Botak!!

*Photo courtesy SIL's FB*

Secara rasminya baby Hannah dah selamat dicukur sehingga botak hari ini. Baby Hannah dicukur oleh Makcik yang urut saya. Hannah bahaved je sepanjang process cukur tu. Baru nangis terus Mama sumbat nenen. Tak lama terus tidur jer. Good girl.

Yang kecohkan keadaan tak lain tak bukan, Qaseh. Teramat le busy body nye. Sume mende nak usik. Kat situ le dia nak lalu lalang. Ish..ish..

Kebetulan hari ni kalau ikutkan actual EDD baby Hannah. Sebabkan czer jadilah 2weeks early. Kalau boleh normal tak tau le bila bersalin nye. Kalau ikut history Qaseh even dh sampai EDD still tak bersalin gak. Tak kisah le janji dah selamat 14hari berpantang..30days to go!! Chaiyok..chaiyok!!

Wednesday, March 23, 2011

Amboi-amboi kaki dia...

Tanda protes ke??


Kasi close up skit!!

Kurang Kasih Sayang


Di kala semua orang memberi perhatian kepada baby Hannah, tak kira Opah, Pah Nah, Mak Long & Papa sume dok busy tangkap gambar Hannah....di mana Qaseh????



Qaseh hanya bersandar di katil sambil tengok orang ramai kerumun baby Hannah. Tak tau le apa yang sedang bermain di fikiran Qaseh.

Papa kata muka Qaseh ibarat budak kurang kasih sayang. Alaaaaa cian anak Mama.


Takpe lah Qaseh menagih Qaseh kat cik oyoi le.


Sepanjang 3 hari 3malam Mama & Papa kat Ar-Ridzuan tu maybe Qaseh rasa lain kot. Tak biasa Mama & Papa serentak takde dan tak bagi perhatian kat dia. Dulu Qaseh sorang sume orang bagi tumpuan pada dia je.

Qaseh, walau sekarang dah ada baby Hannah Mama tetap sayangkan Qaseh macam dulu juga. Mama sayangkan sume anak2 mama sama rata. Sama juga dengan Papa.


Tuesday, March 22, 2011

The Arrival of Baby Hannah


09 March 2011

Kami beramai2 tiba di Ar-Ridzuan dalam jam 9pm. Terus kami dibawa ke tingkat 4. Staff situ bagi saya bilik 405 sebab luas senang untuk stretcher masuk utk bawa saya ke OT and transfer balik ke bilik. Lepas tukar baju sume terus pergi buat CTG. Setel CTG nurse terus shave area nak kena potong tu. Lepas tu terus bagi ubat kasi buang air besar tu. Setel sume terus perut rasa tak sedap weh. Nasib baik bilik saya sebelah je ngn bilik buat CTG tu. Sempat le ke toilet. Kalau tak.....

Family lepak2 dalam bilik sementara saya gi wat CTG


Lepas sume dah balik, turn saya & en.hubby posing2 plak. huhuhu

10 March 2011

Hari kami bermula seawal 5pagi. Bangun mandi siap2 sebab nurse cakap dalam kol 6pg akan buat IV and start masuk air. Nurse datang lambat skit so sempat Subuh dulu before buat IV. Tak suke betul IV ni awal2 tu sakit lama2 baru ok. Setel sume saya try relax2 and ingat nak lelap kejap sebelum kol 8.30am. Tapi sebabkan dah hati penuh dengan macam2 perasaan mana le bleh lelap mata ni.



Dalam kol 8pg lebih my mum, MIL, SIL & Qaseh pon sampai. Tak lama pastu nurse pon dtg bagi ubat mcm air ape ntah tapi masam katanya untuk elak gastrik. Kata dah puasa dari kol 12tgh mlm. Setel je minum ubat tu dorang dtg nak usung saya ke OT dah. En.hubby teman sampai depan pintu OT je. Sempat le salam cium tangan en.hubby dulu.


Gambar terakhir perut sebelum czer


Process nya rasa pantas sangat. Dari atas stretcher transfer ke katil OT. Usung ke OT. Jumpe doktor bius. Dorang buat sume preparation. Then saya diminta duduk peluk bantal tu untuk cucuk kat tulang belakang utk bius. Sakitnya lebih dari buat IV tapi still boleh tolerate le kan. Lgpon b4 this dah pernah rasa dh. Dalam few seconds dah tak terasa kaki dah.

Tak lama pastu dengar Dr. Raoofah masuk OT and process belah perut pon bermula. Masa tgh toreh perut tu dengar Dr. Raoofah tu bgtau doktor bius tu something dan perkataan "Teribble" yg saya dapat tangkap. Dr. Raoofah minta doktor bius tu dtg tengok. Tengok perut saya rasanya. Tertanya2 gak ape yang 'teribble' nye??

Bila time dorang nak tarik baby keluar macam susah skit. Baby mmg saya rasa dia mengeras je sebelah kiri since subuh tu. Sorang nurse datang kat kepala saya dan cuba tolak perut saya dari atas. Masa sessi tolak2 tu saya dah mual ya amat. Nak muntah sesangat tapi ku tahan Jebat!!

Tak lama lepas tu doktor bius tu take over kerja tolak perut saya tu dari nurse tu. Alhamdulillah tak lama pastu dengar baby nangis. Sepanjang process tu saya yg tgh tahan muntah mmg pejam mata kuat2 sambil berdoa moga2 anak saya sehat dan dia nangis bila keluar. Kalau keluar senyap je mau tak risau!!

Setel baby keluar Uri pon dah kuar mula process jahit plak. Rasa nak muntah tu mcm tak terbendung lagi. Tiba2 ade sorang nurse datang tanya "kenapa Puan?" Inform le nak muntah. Maybe dia perasan muka saya yg tak tau rupe ape ntah time tu. hahaha..last2 dia amik bekas then kata kalau nak muntah, muntah je. Tak perlu tahan. Maybe time tu doktor dah jahit lapisan dalam kot. Sbb time Qaseh dulu saya pon nak muntah gak. Tapi doktor bius GH tu kata "Kalau awak nak isi perut awak keluar, muntah le" tu yg terus tak jadi nk muntah time Qaseh lu.

Pendek cerita keluar le segala isi perut yg kosong. Ape yg ada kan kata dah puasa. Even dalam perut kosong banyak gak yg keluar. Sebotol air garam tu juga muntah saya. Setel muntah nurse tunjuk baby tanya baby ape. Baby girl le kan. Tapi kali ni sempat gak nampak muka baby. Time Qaseh lu nampak toottt je. huhuhu..



During recovery time tu cuba lelap mata tapi still tak boleh. So sembang juga le dengan nurse yg jaga saya time tu. So dia buka cerita pasal keadaan perut saya. Di mana Dr. Raoofah kata "Teribble" tadi. Nurse tu explain Dr. Raoofah tadi susah nak potong ikut parut lama sebab perut saya cantum tak cantik. Tak cantum ikut lapisan yg biasa. Tu pasal dorang amik masa time belah perut saya. Nurse tu kata kalau style Dr. Raoofah dia akan jahit selapis selapis. Style doktor GH lain kot kata nurse tu lagi. Bila dah bersembang tak rasa lama recovery time tu.

Sedar2 dah kena tolak ke bilik balik. Sampai bilik rupanya baby dah ada kt bilik dah. Papa baru pas setel azan & Iqamat time saya tiba di bilik. Nak dukung baby tak boleh lagi sbb ubat bius tak abih lagi mana nak duduknye. So suruh en.hubby letak kat tepi bawah ketiak. huhuhu...


Tak sabarnya nak boleh duduk then nk dukung baby. Bila sume dah tgk baby. Nurse amik baby and dorang tolong jaga suruh saya berehat. En.hubby balik umah utk uruskan uri. My mum yg temankan saya di Ar-Ridzuan.
Finally Qaseh meet her baby sister

Overall process czer kali ni rasa cam senang sangat sebab takde sakit2 contraction before tu. So badan rasa kuat je. Takde le lembek je cam dulu. Lagipon czer belah pagi so lepas czer tu langsung tak bleh nak tidur. Try lelap mata pon tak boleh. Sekadar berehat pejam mata je la. Kali ni pon xde rasa lalok2 pon.

Sepanjang hari langsung tak tidur. Padahal bangun kol 5pg..Malam tu dalam kol 12tgh malam baru le rasa nak tidur. Tidur kat spital ni mana boleh lena kan. Sebab kejap2 nurse dtg check BP amin temperature lagi. Ganti air garam. glukose la..Lagipon hati ni excited nak tunggu setel masukkan air sume. Baru bleh bangun. Dah bangun maknanya boleh le dukung baby!!!...

Qaseh Nur Hannah binti Azmar Fazly

Monday, March 21, 2011

Baby Hannah & Jaundice



Kisah jaundice Hannah ni start hari Sabtu 12/3 lepas discharged dr Ar-Ridzuan. Bila dah kat umah baru perasan Hannah macam ada kuning skit. Esoknya dalam kol 11pg baru nurse dari KD bemban datang umah utk check up. Confirm katanya Hannah ada kuning. Kami diminta ke Hospital Batu Gajah untuk check darah Hannah secepat mungkin.



Ni kire 1st experience kami pasal jaundice. Sebab masa Qaseh dulu dia tak kena. Actually kami berkira2 nak ke Hospital B. Gajah sebab confirm le kena tunggu lama. Dah le kita ni baru kena belah perut. Lepas fikir2 baik kami ke Ar-Ridzuan. Nasib baik ada baki duit Bonus Mama tu. Cadang mahu simpan untuk Akikah Hannah. Tapi kesihatan Hannah lagi penting kan.

Alhamdulillah tak lama untuk dapat result SB (serum birilubin). Bacaan Hannah pada 13/3 11.2mg/l. Masih rendah tak perlu duduk bawah lampu biru. Esoknya kami kena datang lagi. Bacaan SB pada 14/3 11.4mg/l. So doktor suruh dtg 2 hari lagi on 16/3.

Pendekkan citer bacaan SB Hannah on 16/3 14.2mg/l. So terus admitted. Sebab Hannah breastfeed saya minta room in ngn Hannah. Senang le nk BF dia nanti.

Alhamdulillah lepas sehari semalam duduk bawah lampu biru tu SB reading Hannah turun 9.3mg/l dah Hannah dibenarkan balik.


Kos untuk check SB tu RM6.00 je. Takde le mahal mana. Berbaloi daripada kena tunggu berjam2 kat hospital batu gajah tu kan. Kalau tunggu pon selesa skit dalam air-cond. Cuma jauh le skit travel batu gajah - Ipoh. huhuhuhu..Then kalau admitted pasal jaundice 1 malam RM200. Treatment dan penginapan.

Alhamdulillah Hannah dah semakin sehat. Trace kuning tu makin hilang....

Saturday, March 19, 2011

Bilik 405 Ar-Ridzuan

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana tercapai hajat untuk melahirkan baby Hannah di Pusat Perubatan Ar-Ridzuan. Rezeki semakin murah dapat bersalin di bangunan baru yang saya kira lebih selesa berbanding bangunan lama.

Kami tiba di Ar-Ridzuan dalam jam 9pm. Deposit sume sudah bayar sebelum tu so terus je pihak Ar-Ridzuan hantar kami ke Tingkat 4 untuk masuk bilik.

Best dapat bilik yg luas. Sesuai utk saya yg ade family 'besar'. Dah le yg mghantar saya mlm tu, en.hubby, my mum, MIL, SIL, Qaseh, Along & her hubby. Punyer le ramai. huhuhu. Tp yg teman saya en.hubby sorang je la.

Bahagian yg ade penyidai baju tu sesuai jadi tempat solat bagi sesiapa yg malas nk ke musolla di tgkat 6 kalo tak silap.



Kerusi malas pon disediakan. kerusi tu le jd tempat en.hubby tidur utk 3 malam. huhuhu.. Bilik ni luas. Pada yg nk bawak toto silakan. Pendek kata bleh berkampung le kt situ.



Toilet pon luas. mmg design untuk yg pakai wheelchair rasanya. Saya kurang ilmu bab2 tu. huhuhu...


Last sekali TV juga disediakan. Tapi kami kurang bernasib baik kerana TV hanya dipasang pada hari ke-2 saya di sana. Tapi ada TV je la. Bukan bleh tgk pon. Electric point utk TV pon xde lagi. hahaha... Maklum la kan bangunan baru...

Visiting hours plak flexible. Bila2 bleh datang no hal punye. Janji tak ganggu dorang buat kerja dah le kot. Cuma bila peak hours area ni susah nak dapat parking.

Total cost saya bersalin secara cesarean di Ar-Ridzuan adalah RM3770. Admitted 09/03 malam, discharged Saturday afternoon.


Overall saya berpuas hati dengan layanan semua staff Ar-Ridzuan. Terima kasih atas layanan kepada saya & baby Hannah. InsyaAllah ada rezeki nanti kami mungkin akan kembali utk baby no.3 pulak. Hahaha...oopss bukan dlm masa terdekat la. 3 tahun lagi ke..Insyaallah...

Friday, March 18, 2011

9 Hari


Gambar ni Mama snap pagi tadi. Guna HP cap ayam Mama juga. Muka Hannah cam makin gelap skit. Tak tau le sebab dok bawah lampu biru sehari semalam hari tu.

Anyway nurse KD Bemban tadi datang umah utk check up. Terus timbang Hannah. Dah naik 3.2kg. Berkat susu Mama. Syukur kepada Allah untuk rezeki Hannah.

Alhamdulillah dah hari ke-9 ni Hannah senang dijaga. Takde la kena berjaga malam macam Qaseh dulu. Tak tau le faktor sbb dia ade jaundice dia banyak tidur. Minta2 bila dah hilang jaundice tu Hannah still baby yg senang dijaga.

Lagi satu kan ramai yg kata Hannah rupa macam BOY. Alaaa..cian princess Mama. Maybe sebab Hannah banyak rupe Papa dia so macam BOY le kot. huhuhuhu..

Our Second Bundle of Joy!!

Dah hari ke-9 baru dapat nk update pic baby. Macam lewat kan. Takpe la dari takde langsung. Tapi ni pic dari HP cap ayam saya je. Gambar2 dr DSLR still belum transfer.

Perkenalkan Puteri kedua kami...



Qaseh Nur Hannah bt Azmar Fazly
(3kg & 50cm)
DOB: 10 March 2011
TOB: 9.11am
POB: Pusat Perubatan Ar-Ridzuan


*Proud Papa*


First day tu ada tanda merah di muka Hannah. Maybe kesan kena pegang time nk keluarkan dia. nanti saya share dalam pengalaman bersalin bila ada kelapangan. Alhamdulillah second day tanda merah tu dah hilang.

On 2nd day muka suci murni baru lepas mandi.

Thursday, March 17, 2011

8 hari

Hari ni masuk hari ke-8 dah. Tapi still saya tak dapat nk update pic baby. Lappy SIL diserang virus so takut nk transfer gambar dari DSLR. Kang slr kena virus gak lagi naya.

Hari ke-4 baby disahkan ada jaundice. Berulang ke Ar-Ridzuan utk check darah. Akhirnya semalam baby admittied. Alhamdulillah sehari semalam duduk bawah lampu biru tu jaundice pon turun dan kami dibenarkan balik.

Semoga jaundice nye terus hilang. Jangan le naik balik. Doakan kesihatan baby ye.

Nanti2 jumpe lagi.

Wednesday, March 9, 2011

Penantian hampir berakhir...

Alhamdulillah lepas appointment dengan Dr. Raoofah semalam tak perlu tunggu sampai 17/03. So amik je 10/03 @ 38weeks. Scan doktor jangka baby 3kg x pon besar lagi. Tapi kalau kes Qaseh lu scan jangka 3.6kg keluar2 2.8kg je. hahaha...Tak kisah le janji sehat kan. Lahir kecik minum susu Mama banyak2 nanti besar la kan. huhuhu...

Doktor suruh admit malam ni jam 9pm. Rasanya takde ape2 saje senang kot bila patient dah ada kat hospital senang nk czer pagi esoknya. Bagi kami plak tak kisah sgt. Lgpon kami ni bukan stay kat Ipoh. Batu Gajah ke Ipoh plg kurang 40minit..Kalau pagi2 nak kena admit kol bape kena bangun then siap2. Karang rush je. So dah stay kt spital bleh le rileks skit.

Malam ni juga pisah tidur ngn Qaseh. Huhuhu...tak biasa tidur Qaseh takde kat sebelah. Kena biasa2kan juga Qaseh dah nak dpt adik ni. Qaseh tidur ngn Mak Long & Pak Long ye. Mama kena tidur kat spital.

Bag pon belum kemas lagi ni. Update blog dulu..huhuhu.. So saya amik kesempatan ni nak memohon maaf atas segala salah & silap saya kepada sume teman2 blogger. Doakan semuanya berjalan lancar dan Mama & Baby sehat2 saje.

Bila akan berjumpe lagi di dalam blog?? Tak pasti laa..kalau kes Qaseh lu mmg jarang sangat on9 masa dalam cuti bersalin. Lagi2 skang lappy takde. Menumpang kasih lappy SIL je. huhuhu..

So, nanti2 kita berjumpe lagi yer..

Assalamualaikum...

Monday, March 7, 2011

Masak2 b4 Bersalin

Lunch hari Ahad kami


Rasanya weekend lepas adalah last weekend b4 kena operate. Unless doktor tak bg lg bersalin kan. So sempena tu saya pon offer kat En.hubby utk masak Nasi Tomato favorite dia (sejak bile jadi fav Bie ni?). Offer jgn ditolak kan. Tapi dah inform awal2 masak tu no hal tapi nanti kaki saya ni lenguh jgn malu2 nak tolong urut. hahahaha..

Kebetulan MIL ada kursus haji Ahad tu. So mmg biarlah menantu masak plak. Mak Long plak cuti masak weekend. Tolong jaga Qaseh je. Senang skit takde le kejap2 si Qaseh dtg kt dapur minta dukung. Dia bukan bleh tgk orang busy nak buat kerja. Ade je pe'el dia.

Menu cam biasa. Ayam/Daging tak bleh makan so stick dgn Ikan Bawal Sweet Sour, Udang Rempah dgn jelatah. Jelatah je MIL tolong buatkan. Lain sume saya masak.


Gambar close up skit tang Ikan Bawal tu. Huhuhu


Kebetulan siap je masak tak lama tu En.hubby balik dari kerja bleh terus makan. Berselera En.hubby makan. Penat masak rasa nak tercabut kaki pon berbaloi. Bukan selalu makan air tangan bini. Selalu balik kerja sume dah siap MIL masak kan.

Sabtu tu sempat juga bake Condensed Milk Pound Cake. Saje buatutk makan2. Teringin nak makan kan. Lagi pon senang buat kek tu. Takde le sampai kaki lenguh2. huhuhu...

Ok Bie, lepas abih pantang plak baru bleh masak nasi tomato tau. hehehe...

Check up 37weeks

Pagi tadi gi check up 37weeks kat Klinik Desa Bemban. Esok ade appointment kat Ar-Ridzuan plak.

Alhamdulillah check sume xde masalah. Berat turun skit. 77.5kg. Nurse kata dah nk bersalin takde naik sangat dh berat tu. Kepala baby pon dah engaged.

Kali ni dapat nurse yg lain. Bukan nurse yg bersyarah kat saya pasal saya cancel bersalin di GH Ipoh tu. Nurse yg hari ni tanya nanti bersalin kat mana. Saya ckp le kat private. Dia kata "Bagus lah. Pergi le. Selesa skit"

Kan sedap dengar macam tu. Takde le kena dengar syarahan plak kan. Nurse tu siap bgtau baru2 ni ade kes baby meninggal dalam perut kt GH Ipoh. Saya plak takde le tanya banyak2.

Bag baby dah lama siap dh. Cuma nk recheck je balik. Bag mama langsung tak prepare lg. Tunggu esok le. Bila dah tau date cesarean baru semangat kemas bag. Hahaha...

InsyaAllah esok last check up saya di Ar-Ridzuan before bersalin. En.hubby tanya nak dia teman ke? Sepanjang 2kali gi Ar-Ridzuan ni saya pergi sensorang je. Saya mcm biasa masih mampu gi sorang2 sebab xde sakit2 kan. Lagipon cam rugi plak semata2 tu dia nak amik cuti. Baik simpan cuti time nak bersalin nanti kan. En.hubby kesian kot tgk bini selama ni gi check up sensorang. No hal punye la. Takde terasa hati pon.

Kalau dapat date dalam minggu ni gak BEST la. Cadang nak minta MC 2-3hari b4 czer tu. Saje nak relax2 kat umah. Sebab utama MALAS dh nak kerja. BLEH???

2 lagi dah selamat


CONGRATS to MamaNoa & Farah 5577!!


Masing2 dah selamat melahirkan anak lelaki. Selamat berpantang ye!!
Berdebar tunggu turn saya plak.


p/s: untung ade FB skang ni. Berita cenggini cepat je kita dapat tau kan. Salah satu kebaikan FB. =)

Saturday, March 5, 2011

Kata Qaseh

Sorry Gambar blurr & gelap. Guna HP cap ayam je.



Konon nak buat "peace" tapi tak tau buat betul2.


Kalau auntie sume bijak bistari cuba teka Qaseh panggil ape mende alah yang Qaseh pakai kat kepala tu. Kalau sapa teka betul dengan cepat Mama Qaseh akan kasik hadiah. Betul tak tipu punyer. Janji jawapan tepat!!

Mak Long, Opah, PakLong, Papa, Mak Ngah sila jangan bocor rahsia!!

Friday, March 4, 2011

Pilis



Salah satu perkara yang diamalkan ketika dalam pantang adalah pemakaian PILIS. Tapi rata2 set bersalin yang terdapat di pasaran tidak include PILIS. Contohnya set bersalin saya Set Bersalin Afiat. Dia ada bedak hangat untuk sapu kat badan tapi PILIS takde.

So time berpantang bersalinkan Qaseh saya pakai PILIS yg dibeli dari sorang nenek ni. Tapi kali ni nenek tu dah tak buat. So kena carik alternatif len. Saya pon google. Rata2 yg ada orang suggest PILIS Jamu Mak Dara.


*ehsan Google*

Jadinya masa sessi shopping barang2 ngn en.hubby last week saya pon beli PILIS Jamu Mak Dara ni. Harga RM22. Kalau tanya kat kedai yg jual barang seangkatannya mesti dorang kata tak banyak pilihan. Ada satu lagi tu Leesa's Formula kot. Ginger cream kalau tak silap. Boleh sapu kat dahi cam PILIS gak. Tapi 1 bekas tu RM60++ kalau tak silap.

Compare PILIS JMD ngn Leesa's Formula tu mcm nampak ORI lagi PILIS JMD lgpon murah. huhuhu...Keberkesanan memakai PILIS JMD ni tak dpt nk komen lagi sbb belum pakai. Nanti dah pakai saya comment ye.

So pada sape2 yg tercari2 PILIS..Pilis JMD ni boleh jadi antara pilihan anda.

Cerita Tergantung

Baru2 ni Nikki comment sebelum dia cser anak dia haritu dia baca pengalaman saya bersalinkan Qaseh. Tapi frust sebab saya cerita tak abih. Hahaha...

Ya ampun!!...
Cerita tu saya buat setakat Part 4 je. Then saya tak sambung. SEBAB??? Maybe malas kot. Hahaha boleh plak mcm tu. Biar cerita tergantung kan. Saya pon baru lepas baca balik kisah tu. Cam tak best plak biar cerita tergantung. Nanti esok2 Qaseh nk baca ke..kan??

Rasa macam nak sambung je kisah tu. Tapi rajin ke??? Dah nak bersalin anak no.2 dah ni. hehehe...Saya tak janji ye kawan2. Sebab kat rumah saya tak on9 sebab takde lappy. Kalau blogging pon kat office je pon. Takut takde masa nk karang cerita.

Anyway saya sertakan link kisah Part 1 sampai Part 4 dulu ye. Kot2 ade sesape yg berminat nak baca. Kot lepas ni ramai yg request suruh sambung cerita..terus bagi mood saya bercerita. Ewah..ewah..ko ingat ko sape ApasH..penulis cerpen/novel?? =P



Birthday Party Plan


Semalam Qaseh genap 23months. Next month she'll turn TWO!! Plan asal dulu kami akan cuti2 M'sia ke Langkawi. Tiket flight pergi balik sume lama dah beli. Tup2 rezeki lain pula datang. Siapa sangka kan. Di sebabkan saya dalam pantang time 03/04/11 nanti. "Burn" le ticket flight tu. Hangus gitu saje.

Bila plan A dah hancur lebur, Mama terfikir for plan B plak. Ingat nak buat birthday party utk Qaseh. Sekali dengan kenduri doa selamat lepas abih pantang nanti. Wahh..jimat kos?? Yeke jimat kos?? Plan macam2 ni..hahaha..

Yang penting sedara mare & frens senang nak datang le. Maksudnya bleh tengok adik Qaseh n attend birthday Qaseh sekali. Takde le 2kali kena datang kan. Tapi itu plan B Mama le. Kita hanya merancang Tuhan yg menentukan segalanya.

Kirenya birthday party Qaseh ni buat lewat skit le dari actual birthday dia. Maybe hujung bulan 4 kot. Takpe le kan..janji buat.

Haritu dah discuss ngn en.hubby nak buat theme ape. Skang ni Qaseh paling interested 2 mende je. Dibo a.k.a "Boding" dan Upin & Ipin. Papa kata better pilih DIBO. So Mama pon terus start survey. Skang ni tengah carik kat mana bleh order kek tema DIBO. Nak frosting buttercream tapi decorations sume ngn fondant. Tak mau 100% fondant. kalau dapat macam ni pon dah cun dah.
*ehsan dari google*



*ehsan dari google*

Comey bangat!!
Kalau boleh la kan. Setakat ni ade berkenan dengan hasil kerja sorang baker ni. Tapi belum pernah tgk dia buat kek DIBO. Dah email sume tapi no reply lagi. Busy kot.

So, ade sesape lagi boleh suggest kat mana saya boleh tempah kek DIBO ni?? Area Ipoh/Batu gajah dan area berdekatan je la kan. Tak kan nak tempah dari KL. Cam jauh sgt le plak.

Banner pon dh survey. Cuma tinggal nk pilih gambar Qaseh yg sesuai je. Nanti dah pilih boleh terus je email kat dorang. Dulu time 1st birthday Qaseh pon buat kat tempat sama.

Besides that cadang nk buat cupcakes sendiri. Bleh jimat kos buat sendiri ni. Cuma tak pasti lagi camne keadaan nye bila dah ade baby + Qaseh. Ada ke masa nk buat sendiri?? hhmmm...

Mau Makan apa b4 berpantang??



Biasa le kan kalau ikut "mengada-ngada" mcm2 mende nak makan before kena berpantang kan. Salah satu permintaan saya adalah nk makan durian. huhuhu


Hasil rembatan SIL


Actually bukan le baru2 ni makan. 2 minggu lepas rasanya. SIL yang belanja. Heaven rasanya dpt mkn durian. Cuma tak berkesempatan makan Nasi Durian je.



Hanya tangan je boleh interframe ye.


Bukan saje2 mengada2 minta nak makan. Cuma fikir kalau tunggu lepas pantang nanti musim dah abih mana nak carik durian. Almaklumlah durian kan buah bermusim. Kalau setakat buah epal ke oren gua tak kisah ok. Bila2 masa bleh je beli kt supermarket. huhuhu..

Kirenye mahal juga le harga durian ni sebab kire timbang kan. Sekilo RM6. Kalau 10kg dah RM60. Buah pon biasa2 je. Takde yg isi tebal2 dan kuning tu.

Jadi le kan dari tak merasa langsung. Alhamdulillah....

Wednesday, March 2, 2011

Who's Next??

*Nikki, pinjam gambar ye*


First of all TAHNIAH to my darling fren NIKKI dah selamat melahirkan 2nd baby. Baby boy you...dah sepasang. Selamat berpantang!!

Sorang dah selamat. Ade few bloggers yang tengah tunggu masa je ni. Farah, Mamanoa & Mommy Lyna. Then saya. So, who's next??? Sape yang bakal bersalin lepas ni??

Terasa cam best je ade geng time dalam pantang. hahaha..Ade sesape lagi yang due bulan mac ni ke???